Sunday, February 13, 2011

Cerita Saiful Bukhari Azlan

Salam,

Aku terpanggil untuk buat posting bila aku terbaca blog Saiful Bahari bekas pembantu DSAI. Dah lama dia tak update blognya sejak balik haji, dua bulan ada rasanya. Memang teruk Saiful kena 'belasah' suatu ketika dulu sejak dia membuat laporan polis tentang kes liwatnya dan selepas sumpah laknat yang ramai tahu. Sejak dia balik haji kuranglah dia kena hentam.

Yang tertarik aku nak kongsi cerita dia, pengendali salah sebuah blog yang mengatakan Saiful sakit tenat telah momohon maaf secara terbuka di blognya sendiri selepas 2 tahun penyiaran artikel tersebut di sini.

Persoalannya mengapa selepas 2 tahun baru nak minta maaf. Aku menjadi hairan dan tertanya-tanya, tak rasa malukah menjaja cerita yang tidah sahih dan bukan satu artikel tapi 6 artikel seolah-olah mengesahkan memang Saiful sakit tenat. Persoalan tentang Saiful mahu atau tidak meneruskan saman 2 juta ringgit itu adalah hak beliau. Saiful harus banyak buat pertimbangan baik buruk.

Pagi ini 14hb Feb 2011 bukan nak cerita pasal Hari Kekasih tapi pasal Saiful akan ke mahkamah semula sambung kes liwatnya setelah tangguh entah berapa puluh kali. Aku hanya mampu berdoa agar kes beliau cepat selesai. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Dalam sejarah Malaysia mungkin dunia kot, ini satu-satunya kes paling banyak tangguh kerana hal yang remeh temeh.

Sebab itu ramai bekas orang-orang kuat PKR yang sama-sama berjuang, yang sama-sama masuk penjara, yang sama-sama berreformasi dan yang sama-sama menubuhkan parti telah meninggalkan DSAI. Atas sebab apa? Yang masih tinggal tu adalah mereka yang tak tahu apa yang orang-orang yang tinggalkan DSAI tahu, kalau tahu pun buat-buat tak tahu. Kalau nak cerita pasal DSAI 2, 3 bakul tak habis.


Aku rasa, kalaulah Saiful tak ada blog, tak ada facebook, tak ada twitter, mungkin dia malas nak teruskan kesnya. tapi dengan sokongan yang tidak berbelah bahagi rakan-rakan dalam laman sosial telah memberi semangat kepada Saiful untuk meneruskan perjuangan. Ini kes berat, bukan kes kecik-kecik. Saiful bersumpah bukan macam cerita P. Ramlee. Ini sumpah laknat, Walaupun sumpahnya tak diambil kira di mahkamah, tetapi ia sebagai pelindung awal agar dia tidak di labelkan sebagai pemfitnah dari kaca mata Islam.

Apa-apa pun aku mengharapkan Saiful diberi petunjuk dan hidayah dan dapat menjalani kehidupan yang lebih harmoni. Sekiranya Saiful menang kes ini beliau tetap akan terima pelbagai dugaan. Namun diharapkan satu hari nanti seperti kata-kata beliau,Yang HAK pasti BERDIRI,Yang Batil pasti JATUH.

Wassalam.

No comments:

Post a Comment